20111122

Dimana anakku?




Impian memiliki dan memeluk tubuh mugil sebegini tak pernah padam. Sinar mata yang tulus penuh cahaya sememangnya anugerah Allah yang setiap pasangan nantikan.

Ya Allah... dimanakah bayiku?

20110911

Saya suka....






























Saya suka ambil gambar yang mempunyai kesan sebegini. Entah kenapa saya merasakan gambar yg 'blur' punya kisah yang panjang untuk diceritakan... kisah yang penuh teka teki, misteri dan aura romantis yang tersendiri.

20110801

Permata Jiwa

Ahmad Hakam Al Harith

Nurul Aiesya Zulaikha


Burung pipit menjadi raja
Anak harimau menjadi bendahara
Permata hati santunan jiwa
Ku pohon Allah berkati sentiasa


Mencari detik yang tepat untuk merakamkan aksi mereka. Sukar tapi berbaloi. Renungan nakal Hakam, mampu membuatkan hati terpaut padanya. Sinaran mata dan senyuman manja Aiesya jelas dapat melembutkan jiwa

Aduhai... Sungguh kalian buah hati sekeluarga...

20110720

Cahaya Cinta

Antara selasih terselit jintan
Penambah rasa pembuka selera
Kupaut kasih kubajai sayang
Semoga cinta kekal selamanya





Saya bertemu teman rapat zaman persekolahan. Kami sama-sama bermastautin di bandar anggerik, tapi sukar sekali untuk bertemu lantaran kesibukan diri. Kami bercerita dari satu topik ke satu topik. Saya khabarkan tentang rancangan saya untuk melibatkan diri dalam bidang fotografi.

Dia memberikan laluan untuk saya meneroka cabaran pertama. Mengambil gambar keluarga. Dia menunjukkan gambar yang pernah diambil. Suram dan kaku katanya. Dia mahukan sesuatu yang istimewa untuk diletakkan di klinik suami.

Tugas saya adalah mengubah mood mereka ketika bergambar. Tak semua orang diberikan kelebihan untuk memberikan post yang dikehendaki walaupun mereka mempunya pekej yang cukup menarik. Lalu di sinilah peranan jurugambar untuk merakamkan detik yang paling manis untuk diabadikan walaupun ketika mereka tidak bersedia.

Mencorakkan suasana yang mesra dan bersahaja tidak mudah rupanya. Apatah lagi dengan anak-anak yang bergerak aktif dengan emosi yang mudah berubah.

Selepas merakamkan pandangan lensa hampir 150 kali, lalu terhasillah potret... CAHAYA CINTA. Gambar bersama cahaya mata yang menghiasi cinta. Semoga Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan kalian, dunia dan akhirat.

Terima kasih Cikgu Salefah dan Dr Nasa kerana keizinan menyahut cabaran pertama, mengambil gambar bertemakan potret keluarga.

20110704

Sendiri












Pandangan kasar tidak ketara

Direnung ditatap hati teruja

Hati tertanya apakah namanya

Tiada jawapan terbenam rahsia



Bunga kecil ditepi pagar laman rumah yang tak pernah diendah kehadirannya. Mungkin kerana saiznya yang lebih kecil dari jari kelingking saya, dengan ketahanan yang hanya sekejap cuma, ia tidak dipedulikan. Hidupnya mudah saja, tumbuh meliar tanpa perlu dijaga.

20110624

Rasa













Gambar ini saya ambil semasa training fotografi berkenaan dengan pencahayaan. Dengan hanya menggunakan flash dari sudut yang betul, filter dan beberapa objek yang ringkas, ia mampu menimbulkan satu perasaan romatik pada gambar yang diambil. Saya melihatnya seolah seolah gadis sedang bercerita tentang penantian yang penuh dengan persoalan.

Saya suka!!!

20110621

Tenggelam...













Sejenak di Morib.
Melihat matahari terbenam
Mengintai kenangan
Mengukir harapan
Menggarap impian

Dulu, saya selalu mendengar tentang Pantai Morib. Pantai yang menarik dan makanan laut yang enak. Dan bila teman mengajak saya berkunjung dirumahnya di Banting, yang hanya 10-15 minit jarak ke Pantai Morib, saya tak mahu melepaskan peluang merakamkan detik matahari terbenam.

Melihat kebesaran Allah.
Dia mengukir alam sebegitu indah.
Subhanallah...

20110614

Perjalanan Bermula...












PHOTOGRAPHER?
Tak pernah terlintas kerjaya ini dalam diary hidup. Namun laluan masa sukar diduga. Mencari permulaan di tengah perjalanan, entah lapang entah berduri...

Ya Allah... Jika laluan ini baik untuk dunia dan akhiratku... permudahkanlah. Jika sebaliknya, jauhkanlah...