20110720

Cahaya Cinta

Antara selasih terselit jintan
Penambah rasa pembuka selera
Kupaut kasih kubajai sayang
Semoga cinta kekal selamanya





Saya bertemu teman rapat zaman persekolahan. Kami sama-sama bermastautin di bandar anggerik, tapi sukar sekali untuk bertemu lantaran kesibukan diri. Kami bercerita dari satu topik ke satu topik. Saya khabarkan tentang rancangan saya untuk melibatkan diri dalam bidang fotografi.

Dia memberikan laluan untuk saya meneroka cabaran pertama. Mengambil gambar keluarga. Dia menunjukkan gambar yang pernah diambil. Suram dan kaku katanya. Dia mahukan sesuatu yang istimewa untuk diletakkan di klinik suami.

Tugas saya adalah mengubah mood mereka ketika bergambar. Tak semua orang diberikan kelebihan untuk memberikan post yang dikehendaki walaupun mereka mempunya pekej yang cukup menarik. Lalu di sinilah peranan jurugambar untuk merakamkan detik yang paling manis untuk diabadikan walaupun ketika mereka tidak bersedia.

Mencorakkan suasana yang mesra dan bersahaja tidak mudah rupanya. Apatah lagi dengan anak-anak yang bergerak aktif dengan emosi yang mudah berubah.

Selepas merakamkan pandangan lensa hampir 150 kali, lalu terhasillah potret... CAHAYA CINTA. Gambar bersama cahaya mata yang menghiasi cinta. Semoga Allah memberikan keberkatan dalam kehidupan kalian, dunia dan akhirat.

Terima kasih Cikgu Salefah dan Dr Nasa kerana keizinan menyahut cabaran pertama, mengambil gambar bertemakan potret keluarga.

20110704

Sendiri












Pandangan kasar tidak ketara

Direnung ditatap hati teruja

Hati tertanya apakah namanya

Tiada jawapan terbenam rahsia



Bunga kecil ditepi pagar laman rumah yang tak pernah diendah kehadirannya. Mungkin kerana saiznya yang lebih kecil dari jari kelingking saya, dengan ketahanan yang hanya sekejap cuma, ia tidak dipedulikan. Hidupnya mudah saja, tumbuh meliar tanpa perlu dijaga.